23 September 2008

Kejam, sungguh kejam | Seorang Menteri sanggup melepas jawatan kerana tidak sanggup bersekongkol dengan kekejaman ISA



ISA keatas Raja Petra, Kekejaman tanpa mengira masa

KUALA LUMPUR, 23 SEPTEMBER (SK) - PENGUNAAN Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah terbukti zalim hari ini sekali lagi digunakan tanpa mengira masa dan waktu.

Hari ini, Raja Petra Kamarudin, seorang blogger yang berani mendedahkan apa sahaja akan dihantar ke Kem Kemunting di Perak bagi meneruskan kezaliman Barisan Nasional yang memerintah negara ini.

Beliau akan ditahan di Kemunting selama dua tahan selepas Menteri Dalam Negeri menandatangani perintah tahanannya malam tadi mengikut seksyen 8 akta tersebut, yang membolehkan beliau ditahan tanpa bicara.

Mengikut akta tersebut, perintah tahanan ke atas Raja Petra itu boleh disambung setiap dua tahun.

Menurut Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar, ISA adalah satu tindakan yang kejam dan zalim dalam keadaan Syawal yang bakal menjelma kelak.

“Sepatutnya didalam bulan ramadhan ini, haruslah dihormati, walaubagaimanapun BN gunakan akta yang zalim ini untuk menahan seorang penyebar maklumat politik bagi melindungi kepincangan politik mereka,”katanya ketika dihubungi Suara Keadilan pagi ini.

Katanya lagi, Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi ternyata tidak menghormati kebebasan bersuara dan pemberi maklumat seperti yang dijamin dibawah pelembagaan.

“AMK menyelar sekeras-kerasnya tindakan yang tidak berperi kemanusiaan, sata percaya walau Raja Petra ditahan dia tidak akan mematikan semangat para blogger yang lain untuk sampaikan mesej kebenaran kerana mereka sayangkan negara,”katanya lagi.

AMK, katanya lagi akan terus bekerjasama dengan Gerakan Mansuhkan ISA bagi menghapuskan akta zalim ini, seterusnya menutup Kemunting dan hapuskan ISA.

Pengarah eksekutif Suaram, Yap Swee Seng turut mengutuk tindakan kejam BN hanya kerana individu berkenaan mempunyai pandamngan berbeza dengan kerajaan.

“Ini satu tindakan yang kejam daaripada kerajaan ini menunjukan kezaliman yang dilakukan oleh BN terhadap mereka yanbg mempunyai pandangan berbeza dengan kerajaan,”katanya ketika dihubungi pagi ini.

Menurutnya lagi, pihaknya akan membuat bantahan terhadap penahan ini dan akan membawa kes ini kepada kerajaan, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan Majlis Hak Asasi Manusi, Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu.

www.suarakeadilan.com

No comments:

Post a Comment