12 September 2008

Malaysia ke arah negara kuku besi? | Penahanan RPK bawah ISA mengundang kemarahan rakyat tanpa mengira kaum

Sekali lagi ISA digunakan terhadap Raja Petra

Pemilik laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) awal petang tadi (diwaktu umat Islam sibuk ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat). Beliau ditahan di bawah seksyen 73(1) akta tersebut kerana dituduh mengancam keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam.

Sebelum ini saya pernah menyentuh beberapa artikel beliau dalam Malaysia Today yang pada pengamatan saya rasakan menghina dan merendah-rendahkan Islam. Dan saya tahu beliau adalah seorang penulis yang terlalu berani dan jinak dengan segala jenis kontroversi.

Walaubagaimanapun saya tidak bersetuju malah mengutuk sekeras-kerasnya penggunaaan akta zalim ISA terhadap beliau. Jika benar beliau telah melanggar mana-mana peraturan atau undang-undang negara, maka beliau sepatutnya dihadapkan ke mahkamah. Beri peluang untuk beliau membela diri. Menangkap dan menahannya sebegini hanya menjadikan beliau juara, dan memadamkan apa sahaja hasil tulisan beliau yang mungkin benar telah menghina atau menyinggung mana-mana pihak.

Menteri berkenaan silap, dan dengan ini makin mengundang kemarahan rakyat.
Saya bersimpati dengan keluarga beliau dan semoga beliau segera dibebaskan agar dapat kembali ke pangkuan keluarga. Dengan penahanan ini Raja Petra akan ditahan tanpa khidmat peguam selama 60 hari dan sekiranya difikirkan penahanan beliau perlu dilanjutkan selepas itu Menteri yang berkenaan boleh mengeluarkan perintah penahanan selanjutnya.

http://n32.blogspot.com

No comments:

Post a Comment