Tiada kewajaran pelan peralihan kuasa dibangkitkan lagi, kata PM
PUTRAJAYA 12 Sept. — Tiada kewajaran pelan peralihan kuasa antara Perdana Menteri dan timbalannya dibangkitkan lagi kerana segala usaha sepatutnya ditumpukan kepada soal memenuhi kemahuan rakyat iaitu pembangunan, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
Sebaliknya, kata Perdana Menteri sekiranya pelan peralihan kuasa itu dibangkitkan lagi, ia akan menimbulkan pelbagai cerita dan kempen.
“Ada yang akan gesa supaya pelan itu dilaksanakan mengikut jadual ... ada yang akan gesa (tempoh peralihan) dipendekkan,” katanya kepada para pemberita selepas bermesyuarat dengan pemimpin kanan Khazanah Nasional di Kementerian Kewangan, di sini.
Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa beliau (Najib) menyerahkan kepada anggota Umno untuk memutuskan tarikh peralihan kuasa itu. - Bernama
No comments:
Post a Comment