12 September 2008

ISA membelakangkan undang - undang negara dan undang-undang Islam

Raja Petra Ditahan Kerana Ancam Keselamatan Negara - Ismail Omar

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini berkata penahanan Raja Petra Raja Kamarudin mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibuat selepas polis mendapati tindakannya boleh mengancam keselamatan negara.

Ismail berkata penahanan terhadap pengendali laman blog Malaysia Today itu dilakukan selepas polis berpuashati dengan hasil pemantauan terhadap Raja Petra.

"Pemantauan yang dijalankan menunjukkan beliau telah melakukan tindakan-tindakan yang boleh mencetus kegelisahan di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama.

"Penangkapan ini terpaksa dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut berhubung tindakan-tindakan beliau," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata Raja Petra ditahan di rumahnya di No. 5 Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor lebih kurang pukul 1.10 petang.

Ismail berkata penahanan Raja Petra mengikut Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 itu juga bertujuan membendung sebarang tindakan yang boleh memecahbelahkan perpaduan kaum dan persengketaan agama.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment