Kerajaan tidak guna ISA tanpa alasan konkrit, kata Abdullah
PUTRAJAYA 12 Sept. — Kerajaan tidak akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap penulis blog Raja Petra Kamarudin tanpa alasan konkrit, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak akan menggunakan ISA dengan sewenang-wenangnya tanpa ada alasan konkrit yang kerajaan yakini boleh membawa ancaman kepada ketenteraman awam.
Bercakap kepada para pemberita selepas bermesyuarat dengan pemimpin kanan Khazanah Nasional di Kementerian Kewangan di sini, Abdullah percaya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar telahpun mengambil kira soal ketenteraman awam yang boleh terjejas ekoran tindakan Raja Petra itu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan Raja Petra di rumahnya di Kuala Lumpur tengah hari tadi. - Bernama
No comments:
Post a Comment