24 September 2008

Hujah pindah kes liwat Anwar didengar pagi ini

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur akan mendengar hujah berhubung permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes liwat terhadap Anwar ke Mahkamah Tinggi.

Permohonan dijadual didengar pukul 9 pagi ini.

Tinjauan mStar Online di pekarangan kompleks Mahkamah Jalan Duta mendapati wartawan dan penyokong sudah mula berkumpul sejak 7 pagi tadi.

"Esok (hari ini) mahkamah akan mendengar hujah kedua-dua pihak pembela dan pendakwa untuk mementukan permintaan memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi," kata salah seorang peguam Anwar, Sankara Nair ketika dihubungi mStar Online.

Bagaimanapun beliau tidak pasti sama ada mahkamah akan membuat keputusan hari ini ataupun sebaliknya kerana ia bergantung kepada mahkamah selepas mendengar penghujahan kedua-dua pihak.

"Sukar untuk dikatakan sekarang... kami ada banyak perkara untuk dihujah," katanya.

Pada 10 September lalu, Hakim S.M. Komathy Suppiah menetapkan esok ekoran bantahan terhadap permohonan itu oleh peguam Anwar, Sulaiman Abdullah.

Anwar, 60, yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos lepas terhadap tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu.

Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Anwar kini dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000

Ia merupakan kes liwat kedua melibatkan Anwar selepas yang pertama 10 tahun lalu.

www1.mstar.com.my

No comments:

Post a Comment