24 September 2008

Mengapa bilangan polis lebih ramai dari pengunjung | Pegawai mana yang arahkan pembaziran masa polis ini yang sepatutnya kawal jenayah menjadi-jadi

Tenang menanti perbicaraan kes Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR 24 Sept. – Suasana tenang di luar bangunan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini dengan dikawal kira-kira 100 anggota polis sementara menunggu perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula pukul 10 pagi ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati anggota-anggota polis bersiap sedia menempatkan diri masing-masing di sekitar bangunan mahkamah itu sejak pukul 7 pagi lagi.

Orang ramai lega kerana polis tidak melakukan sebarang sekatan jalan raya yang telah memastikan kelancaran trafik di ibu negara hari ini.

Dianggarkan lebih 70 petugas media tempatan dan asing juga dilihat berkumpul di luar bangunan mahkamah sementara menunggu untuk membuat liputan.

Kelihatan juga kira-kira 30 orang penyokong Anwar berada di situ menunggu ketibaan pemimpin mereka itu. - Utusan

No comments:

Post a Comment