24 September 2008

Abdullah buat salah tidak mengapa

Siasat Campurtangan Abdullah Dalam BPR – AMK

ANGKATAN Muda KeADILan (AMK) menggesa Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi kerana menyalahgunakan kuasanya mengarahkan agensi kerajaan itu menahan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Yong Teck Lee.

Pada 22 September lalu, bekas Timbalan Presiden SAPP Raymond Tan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah mendedahkan bahawa beliau berjaya merayu kepada Abdullah supaya tidak menahan Yong Teck Lee.

Abdullah pada masa itu Yong ditahan BPR, selepas pemimpin Sabah itu mengepalai usaha undi tidak percaya terhadap kepimpinan beliau. Yong disiasat BPR atas dakwaan rasuah, yang menurut Yong telah lama selesai 15 tahun lalu.

Bercakap dalam satu kenyataan media 23 September lalu, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mat Akin berkata Timbalan Ketua Menteri BN itu secara langsung menunjukkan campurtangan Abdullah dalam kerja-kerja BPR.

“Pendedahan tersebut, sekiranya didapati benar, pastinya amat mengejutkan rakyat. Ini berikutan sebelum ini Abdullah acapkali menegaskan bahawa beliau tidak pernah mencampuri sebarang urusan penyiasatan oleh mana-mana badan penguatkuasa negara malah berusaha untuk menjadikan badan-badan tersebut bebas dari sebarang campurtangan pihak pemerintah,” tegas Shamsul.

Menurutnya lagi, pendedahan ini juga sekaligus membuktikan dakwaan bahawa Abdullah tidak serius dalam melaksanakan reformasi keatas sisten penguatkuasaan undang-undang kerana beliau sendiri menyalahgunakan kuasanya.

“Justeru, bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dibaca, ratusan laporan rasuah yang pernah dikemukakan oleh AMK dan komponen Pakatan Rakyat lainnya ‘dibakul-sampahkan’ BPR biarpun ia mempunyai bukti dan melibatkan kepentingan rakyat terbanyak. Sebaliknya kes-kes meskipun tidak mempunyai asas, asal saja ianya melibatkan Pakatan Rakyat, BPR akan bertindak sepantas kilat.”

AMK seraya dengan itu mendesak Abdullah supaya menjelaskan campurantangan beliau dalam kes tersebut.

“Ia juga secara tidak langsung membenarkan syak wasangka rakyat Malaysia mengenai campurtangan pihak-pihak tertentu di dalam kes-kes rasuah di negara ini. AMK juga menuntut penjelasan yang sewajarnya dari pihak BPR terhadap pendedahan yang dibuat oleh Raymond,”

www.suarakeadilan.com

No comments:

Post a Comment