25 September 2008

Abdullah berbohong lagi? | Gani tidak patut menandatangani sijil

Mahkamah risau sijil ditandatangani Peguam Negara

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen risau kerana sijil untuk memindahkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi ditandatangani Tan Sri Abdul Gani Patail disebalik kenyataan Perdana Menteri yang memberikan jaminan Peguam Negara tidak akan terbabit dalam kes itu.

Hakim S M Komathy Suppiah yang menyuarakan kebimbangannya itu hari ini, menyatakan ia akan menghakis keyakinan orang ramai terhadap sistem kehakiman.

Abdul Gani sedang disiasat oleh badan Pencegah Rasuah (BPR) berikutan laporan polis yang dibuat terhadapnya oleh Anwar atas dakwaan memalsukan keterangan dalam kejadian “mata hitam” Anwar pada 1998.

Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, ketua unit pendakwaan di Pejabat Peguam Negara, menjelaskan dalam kapasitinya sebagai peguam negara, adalah menjadi tugas Abdul Gani untuk menandatangani sijil itu sebagai satu prosedur pentadbiran.

Komathy: Kenapa anda fikir Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) berkata demikian? (kenyataan yang Abdul Gani tidak akan terbabit dalam kes Anwar)

Mohamed Yusof: Untuk memastikan tidak berlaku berat sebelah terhadap Anwar yang membuat laporan kepada BPR terhadap Abdul Gani.

Mohamed Yusof berhujah Perdana Menteri boleh kata apa sahaja yang beliau mahu tetapi akhirnya mahkamah yang perlu membuat keputusan mengikut undang-undang.

Komathy menerima penjelasan Mohamed Yusof.

Peguam bela utama Anwar, Sulaiman Abdullah, memberitahu mahkamah yang orang ramai telah terkeliru dengan kenyataan Perdana Menteri yang menyatakan Abdul Gani tidak akan terbabit dalam kes itu namun Abdul Gani telah menandatangani sijil itu.

“Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan tanpa merundingi Peguam Negara. Kenapa nak mengelirukan orang ramai jika Peguam Negara tidak terbabit.

“Pendirian kami ialah Abdul Gani tidak patut mempunyai sebarang peranan dalam kes ini. Beliau tidak sepatutnya menggunakan atau menandatangani sijil itu. Inilah intipati bantahan kami,” katanya. n.

Beliau berkata pada peringkat ini apa yang pembelaan ingin katakan ialah Abdul Gani tidak boleh menandatangani sijil itu, menjadikannya (sijil) tidak sah. - Bernama

www.bharian.com.my

No comments:

Post a Comment