25 September 2008

Umno sebar kepercayaan tahyul - Tuan Ibrahim

Hapus tahyul hanya Umno boleh memerintah

BANDAR JENGKA 24 Sept (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Pahang Dato' Tuan Ibrahim Tuan berkata, PAS mahu menghapuskan kepercayaan 'tahyul' yang bersarang di dalam pemikiran rakyat kononya hanya Umno sahaja yang boleh memerintah (negara).

Katanya, kepercayaan itu adalah kepercayaan salah yang harus dibuang daripada pemikiran dan ia telah ditanam lama oleh Umno-BN sehingga menjadi pengangan sebahagian rakyat terutama penyokong BN.

"PAS ingin menghapuskan kepercayaan karut itu," ketika berucap sempena memperingati Badar Qubra anjuran PAS kawasan Kuala Krau, dekat sini.

Beliau berkata, kepercayaan karut itu hanya akan terungkai apabila Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Justeru itu tarikh penubuhan kerajaan tidak menjadi persoalan, yang penting PAS berusaha ke arah itu.

Katanya perkembangan semasa kini memperlihatkan bagaimana Umno-BN memperketatkan kawalan kepada ahli parlimenya kerana bimbang mereka akan �berhijrah� kepada Pakatan Rakyat.

"wakil-wakil rakyat BN kini diperhati dan dilarang sama sekali menemui mana-mana pemimpin Pakatam rakyat sekalipun untuk majlis kebajikan, begitulah takutnya pemimpin BN kepada Pakatan rakyat," katanya.

Malah, katanya seorang pemimpin BN meminta supaya pemimpin PAS jangan menghadiri majlis meraikan anak-anak yatim di sebuah Hotel di Kuantan baru-baru atas alasan sama iaitu bimbang dilabel untuk berhijrah.

Selain itu mereka juga mengarahkan ahli parlimen membuat aku janji sama seperti kakitangan kerajaan.

"Ini semua menggambarkan apa yang dirancang oleh Pakatan Rakyat mempunyai asas jika tidak masakan pemimpin Umno-BN peringkat tinggi amat gusar, disebalik berbagai tuduhan bohong dan sebagainya kepada pemimpin Pakatan Rakyat.

"jika tiada asas masakan mereka berkeadaan begitu," soal beliau.

Turut berucap pada majlis sama iaitu Pemangku Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Md Saad dan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat Abdullah Abdul Karim.

Suhaimi dalam ucapanya berkata, bagi PAS yang penting ialah Umno-BN mesti diturunkan demi kepentingan Islam.

"Tarikh bila, bagaimana Umno-BN turun ia tidak penting yang penting ialah Umno mesti turun untuk kepentingan rakyat dan Islam," tegasnya.

Ini kerana jika Umno-BN terus kekal ia tidak akan mengubah apa-apa malah akan terus mengekalkan 'status quo' dan seribu satu macam yang menjadi budaya buruk parti itu seperti mengamalkan budaya pilih kasih, mengekalkan ISA, menaikan harga minyak dan sebagainya.

Ia katanya, berbeza dengan Pakatan Rakyat yang telah berikrar untuk menghapus amalan buruk Umno, menghapus akta zalim ISA , mengahapus amalan kronisme dan mengantikanya dengan konsep negara berkebajikan yang lebih baik.

www.harakahdaily.net

No comments:

Post a Comment