Najib: Hanya mufti boleh putuskan sumpah Saiful
PUTRAJAYA: Hanya mufti dapat memutuskan sama ada sumpah yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan yang dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah mengikut ajaran Islam, bukan imam yang hadir pada upacara itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Beliau berkata, selain daripada Mohd Saiful, mufti merupakan orang penting dalam upacara angkat sumpah itu manakala imam berkenaan sekadar hadir dan tidak memainkan peranan penting.
Najib berkata demikian kepada pemberita selepas menutup seminar mengenai teknologi terkini mesin pengimbas di sini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Imam Ramlang Porigi yang Ramlang tidak mahu dikaitkan dengan upacara angkat sumpah itu dan kehadiran beliau adalah secara kebetulan sahaja.
Mohd Saiful, bekas pembantu Anwar, bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur pada 15 Ogos yang didirinya diliwat oleh Anwar.
Mengenai pelantikan bekas pengerusi Transparency International Malaysia Tunku Aziz Tunku Ibrahim sebagai naib pengerusi DAP, 24 jam selepas diterima menjadi anggotanya, Najib berkata itu adalah keputusan DAP. BERNAMA
No comments:
Post a Comment