Arif: Imam di sumpah Saiful tidak jejas BN
Calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah percaya kehadiran imam Masjid Wilayah Persekutuan yang menyatakan diarah untuk hadir sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak memberi impak kepada kempennya di Permatang Pauh.
Dalam sumpahnya 15 Ogos lalu, sehari sebelum penamaan calon pilihanraya kecil itu, Mohd Saiful menegaskan beliau diliwat oleh calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ramlang muncul di majlis ceramah Pakatan Rakyat malam tadi untuk menyatakan bahawa beliau tidak terbabit mengatur sumpah Mohd Saiful dan kehadirannya di majlis sumpah tersebut atas arahan 'orang atasan' jabatannya.
Ramlang hadir di Masjid Bandar Perda bersama Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, kemudiannya beliau muncul kira-kira 10 minit di pentas ceramah pembangkang di Padang Ibu dan diikuti dengan sidang akhbar di bilik gerakan induk PKR di Yayasan Aman.
Mengulas perkara itu, Arif Shah berkata, kehadiran imam itu di Permatang Pauh atas pentas Pakatan, tidak menjejaskan kempen BN kerana menurutnya, dakwaan liwat adalah soal peribadi Mohd Saiful dan Anwar.
Dalam kempennya, tambah Arif Shah, beliau tidak menyentuh soal peribadi mantan timbalan perdana menteri itu.
"Isu Anwar dan Saiful orang tidak ambil peduli. Tiada impak," katanya, sambil menambah persoalan yang hangat dibicarakan orang itu adalah antara Anwar, pemuda itu dengan Allah.
"Isu peribadi Anwar dengan Saiful, saya tak mahu komen... Siapa jadi saksi, yang penting orang bercakap kena laknat kalau buat silap," katanya kepada Malaysiakini ketika berhenti minum di sebuah restoran di Kubang Semang pagi ini, semasa beliau sibuk berkempen rumah ke rumah.
Pilihanraya kecil itu akan bermula jam 8 pagi esok. Ia turut dimeriahkan oleh calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Hanafi Mamat.
Mengenai kempen yang dijalankan, Arif Shah berkata, berlaku sedikit tindakan ganas ke atas sekumpulan Wanita Umno yang sedang berkempen pagi tadi.
"Mereka ganas sikit, kaum ibu kita pergi berkempen dan diganggu.
"Kita anggap (berkempen dalam) pilihanraya adalah satu keluarga, jangan gunakan keganasan, (mereka seperti) emak, bapa, adik dan kakak kita.
"Kalau tidak puas hati, cakap elok-elok, dia menangis kerana diganggu," tambah Arif.
www.malaysiakini.com
No comments:
Post a Comment