18 August 2008

Umno sejak awal tahu tiada modal kempen, guna Saiful untuk jadikan liwat bahan utama kempen

Saiful juga minta pembelaan…mengapa hanya utamakan Anwar – PM

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempersoalkan tindak tanduk sesetengah pihak termasuk pemimpin PAS yang terus mengutamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan lupa ‘ orang kecil’ seperti Saiful Bukhari Azlan yang meminta pembelaan.

"Jangan lupa kepada dia (Saiful) kerana dia minta pembelaan dan dia menjadi mangsa, mengapa kita sibuk hal-hal lain pula, yang lain kita nak utamakan, yang dituduh ( Anwar) kita utamakan, tapi pada dia kita tidak ambil berat pula," katanya.

Perdana Menteri menyatakan demikian ketika menjawab soalan wartawan selepas satu majlis di Permatang Pauh, Ahad, mengenai kecenderungan sesetengah pihak yang terus mempertikaikan cara bekas pembantu Datuk Seri Anwar itu bersumpah.

Abdulah berkata, beliau tidak dapat membuat jangkaan sama ada di kalangan pemimpin PAS percaya atau tidak dengan cara bersumpah yang dibuat oleh Saiful walaupun beberapa pemimpin parti itu bercanggah pendapat mengenainya.

Beliau bagaimanapun meminta orang ramai tidak lupa bahawa orang kecil seperti Saiful yang meminta pembelaan.

“Kadang-kadang kita tak bagi pandangan dan kita keluarkan kenyataan yang tidak baik dan menghinakan dia pula. Itu pandangan saya,"katanya.

Perdana Menteri berpendapat sumpah Saiful untuk mempertahankan dakwaannya terhadap Anwar adalah serius dan berat.

“Kalau tak serius, dia (Saiful) tak akan buat. Itu pilihan Saiful sendiri. Tiada sesiapa boleh paksanya (bersumpah)," katanya kepada media selepas mengadakan perjumpaan dengan jawatankuasa masjid di Permatang Pauh, petang Ahad.

Beliau yakin tindakan bersumpah al-Quran oleh Saiful Jumaat lalu kerana merasakan ia sebagai "sesuatu yang serius" bagi dirinya.

Bagaimanapun kata beliau, terserah kepada Anwar untuk menyahut seruan Saiful agar turut melakukan demikian.

"Apa yang dilakukan oleh Saiful adalah sesuatu yang berupa niat untuk melahirkan sesuatu dalam bentuk sumpah.

"Kita perlu memahami dan tidak harus memperlecehkan dia (Saiful)," katanya.

Beliau menjelaskan, hanya Saiful sendiri yang lebih mengetahui sebab dia bertindak sedemikian petang Jumaat lalu.

Katanya, apa yang dilakukan oleh Saiful adalah pilihannya sendiri dan tiada siapa boleh memaksa beliau untuk membuat sumpah dengan nama Allah.

"Pada saya, angkat sumpah ini satu perkara yang berat dan tidak mudah bagi orang itu hendak buat sumpah dengan nama Allah Subhanahuwataala," katanya.

Saiful membuat sumpah itu di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, selepas Asar, Jumaat lalu.

Isu sumpah itu telah menjadi bahan perbahasan antara penyokong Barisan Nasional (BN) dan parti politik termasuk PAS pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Ketika diminta mengulas insiden jurugambar tempatan dan asing diserang penyokong parti yang memakai kemeja-t PKR pada penamaan calon pilihanraya parlimen Permatang Pauh di Institut Perguruan Tunku Bainum, Sabtu, Abdullah berkata; “Perbuatan itu menyalahi undang-undang kerana mendatangkan kecederaan dan boleh diambil tindakan penguatkuasa serta di bawa ke mahkamah,”.

Menurutnya, perbuatan itu kesalahan jenayah yang amat memalukan.

“Cakap nak amal demokrasi dan buat pilihan raya untuk rakyat pilih wakil rakyat tetapi bertindak liar sehingga mencederakan..ini menunjukkan kita sendiri tak hormati undang-undang. Macam mana kita nak hormat orang macam ini,” katanya.

Mengenai tuduhan Anwar kononnya Barisan Nasional menggunakan taktik kotor seperti meminta pengundi jangan keluar megundi serta mendapatkan salinan kad pengenalan dan memberi wang, Abdullah dengan tegasnya berkata, “ Dia (Anwar) selalu tuduh, sebab dia buat.”

Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ditemui wartawan selepas melawat Bilik Gerakan Pemuda BN berkata semua pihak patut menghormati tindakan Saiful kerana langkah yang diambil itu adalah bertujuan untuk membela dirinya.

Najib berkata, proses angkat sumpah itu ditentukan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan dan dilakukan selepas solat Asar, di sebelah mimbar sambil menjunjung al-Quran.

"Jadi siapa kata proses itu tidak betul. Sebenarnya ada orang yang menggelabah dan terdesak sehingga masuk ke kedutaan asing," kata beliau.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat Sabtu menyifatkan perbuatan bersumpah dengan Al Quran oleh Saiful tidak menepati kaedah Islam dan ia meniru perbuatan orang Kristian yang bersumpah memegang kitab suci mereka.

www.agendadaily.com

No comments:

Post a Comment