
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner II, Ismail Yatim berkata, dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, tiga lelaki bersenjatakan pisau memasuki kediaman tersebut melalui tingkap.
"Mereka kemudiannya mengejutkan kerabat berkenaan dan seorang pembantu rumah yang turut berada di situ sebelum mengugutnya dengan pisau.
"Kedua-duanya kemudiannya diikat kaki dan tangannya sebelum penyamun terbabit bertindak menggeledah kediaman terbabit," katanya kepada Kosmo! semalam.
Ismail berkata, sebanyak 12 utas jam tangan berjenama dan sejumlah wang tunai yang dianggarkan bernilai RM30,000 dilarikan dalam kejadian samun itu.
Polis kini sedang menjalankan operasi besar-besaran di sekitar bandar raya ini bagi mengesan penjenayah tersebut.
Sehubungan itu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu dan berjumpa dengan individu mencurigakan agar menghubungi atau mengunjungi balai polis terdekat.
www.kosmo.com.my
No comments:
Post a Comment