02 August 2008

Kahwin susah tidak kahwin pun susah

Dia maki hamun saya - Nash

KUALA LUMPUR - "Saya tidak pernah ceraikan dia (Sosilawati) sebaliknya dia telah memaki hamun saya dan mengatakan saya tidak guna."

Itu kenyataan bekas penyanyi rock dan pelakon, Nash ketika perbicaraan permohonan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah yang difailkan isterinya, Sosilawati Lawiya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini semalam.

Sosilawati, 45, mengemukakan permohonan pengesahan lafaz cerai dengan mendakwa Nash atau Jamaludin Elias, 48, telah melafazkan cerai kepadanya melalui telefon pada 12 September 2007 di rumah No. 9933, Jalan Harmoni, Taman Harmoni, Gombak dekat sini.

Penyanyi itu juga didakwa menyatakan perkara yang sama kepada rakannya, Abdul Jalil Ismail pada 17 September tahun sama.

Nash dalam keterangannya di hadapan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Mohamad mendakwa, dia bukan sahaja dimaki Sosilawati, tapi isterinya itu kerap meminta cerai apabila mereka bergaduh.

"Dia memang selalu telefon saya suruh saya balik, pada waktu kejadian saya baru pulang daripada kerja luar di Kedah, tapi dia telefon tanya kenapa tak balik-balik, maki hamun macam-macam, kata saya lelaki tak guna, kahwin macam tiada suami. "Tapi saya tak pernah ceraikan dia, saya tahu undang-undang, saya sudah berkahwin sebelum ini, kita tidak boleh cerai di luar mahkamah," jelasnya panjang lebar.

Terdahulu, beliau yang menjawab soalan peguam Syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain menegaskan, sejak mereka berkahwin, dia tidak pernah melafazkan cerai terhadap isterinya, namun tidak ingat sejak bila mereka sudah tinggal berasingan sebelum tarikh 12 September 2007.

Nash bersetuju pengasas produk kecantikan Nouvelles Visage itu ada menghubunginya pada malam 12 September 2007, namun dia menafikan telah melafazkan cerai terhadap wanita itu ataupun memberikan maksud yang seumpama dengannya pada waktu tersebut.

Namun apabila ditanya mengenai perbualannya dengan Abdul Jalil lima hari kemudian, bekas penyanyi kumpulan Lefthanded itu mengatakan tidak ingat selain menafikan memberitahu Abdul Jalil atau telah memberi maksud menceraikan Sosilawati.

www.kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment