Politik Anwar..nak popular...bohong...macam pasaran saham
Main politik untuk meraih populariti itulah kesimpulan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terhadap tindak tanduk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sentiasa buat ‘gempar’ akan mengambil alih kepimpinan Negara melalui cara menafikan mandat rakyat kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum yang lalu.
"Apa yang dilakukannya (Anwar) jelas menjurus ke arah itu dan beliau sentiasa cuba meraih populariti dengan berbuat demikian... seperti pasaran saham," katanya dalam wawancara dengan agensi berita The Associated Press (AP) hari Khamis.
Menurut Abdullah , ancaman Anwar untuk mengambil alih teraju kepemimpinan negara sebagai satu pembohongan yang sebenarnya bertujuan mengekalkan popularitinya sebagai pemimpin pembangkang.
Abdullah menjelaskan perkara itu bagi mengulas kenyataan Anwar yang berulang kali mendakwa sudah mendapat persetujuan Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) untuk melompat parti menyertai PKR, sekali gus membolehkannya membentuk kerajaan Pusat dengan majoriti mudah sebelum 16 September.
Abdullah berkata, hakikatnya ketika ini majoriti pemimpin semua parti komponen BN tetap taat dan setia kepada kepemimpinan beliau serta kerajaan masih terus mendapat sokongan antara 80 hingga 90 peratus pemimpin terbabit.
Selain itu Abdullah juga percaya Anwar sedang cuba merasuah Ahli Parlimen BN, supaya menyertai PKR bagi membolehkan pembangkang menubuhkan Kerajaan Pusat.
“Jika wang ditawarkan, pada saya ini adalah amalan rasuah yang amat buruk,” katanya.
Perdana Menteri turut berkata, kerajaan juga tidak berhasrat menggunakan undang-undang darurat bagi mengawal keadaan jika berlaku demonstrasi jalanan oleh pihak yang mungkin tidak berpuas hati jika Anwar didakwa atas tuduhan meliwat.
"Saya tidak fikir kita perlu menggunakan undang-undang itu, sudah tentu tidak. Mengapa pula harus ada bantahan tidak terkawal kerana ia sudah tentu tidak akan dilakukan oleh parti pembangkang yang mendakwa mereka boleh membentuk kerajaan?.
"Sudah tentu jika mereka pembangkang yang bertanggungjawab, mereka tidak akan membuat sesuatu sehingga seolah-olah meletakkan kedaulatan undang-undang di tangan sendiri dan mengadakan demonstrasi sesuka hati," katanya.
Menyentuh mengenai dakwana liwat yang membabitkan Anwar, Abdullah berkata, kerajaan akan memastikan semua siasatan berhubung dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim terbabit dengan perbuatan meliwat, dibuat secara profesional serta adil.
Sambil mengulangi bahawa tidak wujud sebarang konspirasi, Perdana Menteri berkata, laporan polis yang dibuat bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, yang mendakwa diliwat Penasihat PKR itu tidak akan diambil mudah.
“Lelaki itu merayu meminta keadilan. Adakah kita lebih prihatin (terhadap Anwar) berbanding lelaki itu. Dia perlukan keadilan; itulah rintihannya dan kita tidak boleh mengabaikan hakikat ini,” katanya dalam temubual berkenaan.
www.agendadaily.com
No comments:
Post a Comment