Notis mahkamah, AMK kecam intimidasi politik ke atas Anwar
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengecam keras penyerahan notis ke atas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADIlan) Dato' Seri Anwar Ibrahim yang meminta beliau hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta esok, 7 Ogos 2008.
Tindakan ini adalah satu bentuk intimidasi politik ke atas Anwar dalam keadaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru sahaja mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh iaitu ada 16 dan 26 Ogos depan.
AMK percaya bahawa tindakan ini adalah merupakan satu tindakan yang tidak berperi kemanusiaan yang bertujuan untuk menghalang Anwar untuk berkempen secara aktif seterusnya bertanding di dalam pilihan raya kecil tersebut.
AMK tidak menolak bahawa wujudnya campurtangan politik yang melampau yang bertanggungjawab mencatur tindakan ini demi memastikan kemaraan rakyat pimpinan Anwar terus mara menghampiri Putrajaya kelak.
Justeru, AMK menggesa agar pihak mahkamah, sekiranya terdapat kes yang disabitkan ke atas Anwar, hendaklah memberikan ikat jamin ke atas beliau dan tidak menafikan hak beliau sebagai warganegara yang dijamin haknya sebagaimana dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Shamsul Iskandar Mohd Akin adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).
www.harakahdaily.net
No comments:
Post a Comment