Polis tambah anggota, SPR bimbang 'panas' Lunas, Ijok berulang di Permatang Pauh
Pengarah Strategik Pilihan Raya Kebangsaan PKR, Saifudin Nasution Ismail berkata, pihaknya menolak keganasan dan kesal dengan berlaku setakat ini.
"Kami menolak keganasan, kesal dengan apa yang berlaku, mahu siasatan... faktanya kekal, dalam sejarah pilihan raya kecil di Malaysia, yang pernah mati bukannya penyokong BN, yang pernah maut adalah penyokong pembangkang.
"Saya merujuk kepada pilihan raya kecil Padang Terap 1986, dalam tragedi Lubuk Merbau, semasa lawatan petang Datuk Seri Najib (Tun Razak), ketika itu Ketua Pemuda, di Felda Lubuk Merbau.
"Penyokong Pas yang mati dipukul dengan batu-bata ialah Osman Talib, 33. Dia adalah ahli Pas yang dipukul oleh samseng Umno. Itu adalah fakta yang jangan dilupakan," kata pada sidang media harian PKR di Penanti dekat sini.
Tambah Saifudin, dalam pilihan raya kecil Indera Kayangan, beliau selaku Pengarah Pilihan Raya Pemuda telah membuat 43 laporan polis sepanjang 10 hari berkempen.
"Bagaimana penyokong kita dipukul, dihalang berjumpa pengundi. Itu fakta, boleh semak dengan Ibu Pejabat Polis di Kangar," katanya.
www.mstar.com.my
No comments:
Post a Comment