Timbalan perdana menteri membidas pembangkang yang mengaitkan pembentangan Rang Undang-Undang Asid Deoksiribonukleik (DNA) di Dewan Rakyat ada kaitannya dengan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini calon PKR dalam pilihanraya kecil yang sedang berlangsung.
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak turut menafikan dakwaan pembangkang bahawa akta itu mempunyai konspirasi politik, lapor Bernama.
"Apa-apa yang kita buatpun, dia (pembangkang) dakwa ada kaitan dengan pilihanraya dan ada konspirasi politik itu.
"Itu adalah perkara biasa tetapi sebenarnya akta ini dah lama disediakan, cuma belum dibentangkan," katanya selepas melawat bilik gerakan BN Sama Gagah dalam kawasan pilihanraya kecil Permatang Pauh
Rang Undang-undang DNA itu dibentang untuk bacaan kali pertama hari ini dan dijangka diluluskan pada sesi Dewan Rakyatyang sedang berlangsung sekarang.
Najib dminta mengulas dakwaan pembangkang bahawa pembentangan tiba-tiba rang undang-undang itu berkaitan dengan pilihanraya kecil itu 26 Ogos.
Pada pilihanraya itu, Anwar bersaing dengan calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).
www.malaysiakini.com
No comments:
Post a Comment