18 August 2008

Pervez letak jawatan sebagai Presiden Pakistan

ISLAMABAD 18 Ogos – Presiden Pakistan, Pervez Musharraf hari ini mengumumkan beliau memutuskan untuk meletakkan jawatan bagi mengelakkan pendakwaan di Parlimen.

“Setelah mengkaji situasi dan berunding dengan penasihat undang-undang dan sekutu politik, atas nasihat mereka saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan,” kata Pervez dalam ucapan di televisyen ke seluruh negara.

Menurut Pervez, beliau membiarkan masa depannya ditentukan oleh rakyat. – AFP

No comments:

Post a Comment