PETALING JAYA 18 Ogos — Seorang pakar kulit yang didakwa menampar seorang pesakit ketika memberikan rawatan, digantung daripada melakukan sebarang tugas klinikal sehingga siasatan berhubung kes itu selesai.
Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Dr. Ikram Shah Ismail berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kes itu sebelum memutuskan tindakan selanjutnya terhadap doktor itu.
``Kira-kira 10 orang saksi termasuk mangsa, anggota keluarga pesakit dan kakitangan yang berada di tempat kejadian akan dipanggil untuk membantu siasatan,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, doktor itu yang telah berkhidmat selama dua tahun sebagai pakar bedah di PPUM, juga merupakan seorang pensyarah di Universiti Malaya (UM) dan tidak memiliki rekod disiplin.
“Kita menjangkakan hasil keputusan siasatan berkenaan siap dalam tempoh seminggu dan kita akan turut memaklumkan kepada pihak UM kerana doktor tersebut adalah salah seorang staf di sana,” katanya.
www.utusan.com.my
No comments:
Post a Comment