28 August 2008

Jika Idris Jusoh ahli Pakatan | BPR akan 'cekap' bertindak

Idris Jusoh sedia bantu BPR

Bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh berkata beliau belum dihubungi Badan Pencegah Rasuah berhubung Rasuah (BPR) berhubung siasatan kes projek Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man dan penganjuran Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun di Pulau Duyung, yang didakwa berlaku penyelewengan.

Bercakap kepada pemberita di Terengganu hari ini, Idris berkata, beliau akan memberikan sepenuh kerjasama kepada BPR berhubung siasatan tersebut jika diperlukan.

"Bagaimanapun, setakat ini saya masih belum dihubungi oleh BPR untuk berbuat demikian (memberikan maklumat)," katanya.

Hujung bulan lalu, BPR Terengganu berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan berlakunya penyelewengan dalam pelaksanaan projek masjid kristal atau dikenali juga Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man dan kejohanan kapal layar Piala Monsun.

Pengarahnya, Sharuddin Sapian dilaporkan berkata BPR sentiasa mengamalkan dasar telus dan responsif terhadap perkara yang dilaporkan dan tidak pernah mengamalkan dasar pilih kasih dalam menjalankan siasatan.

Sebelum itu, Pemuda PAS serta angkatan muda PKR Terengganu meminta badan itu menyiasat dua projek tersebut yang sering dipertikaikan oleh dua parti itu.

Laporan itu dibuatkan oleh ketua Pemuda PAS, Azman Shapawi Abdul Rani dan ketua AMK Fariz Musa.

Jawatan ketua Umno

Sementara itu, Bernama melaporkan, Idris berkata, beliau tidak pernah menghalang ahli Umno bahagian Besut untuk mencalonkan pemimpin lain yang difikirkan sesuai sebagai ketua Umno
bahagian berkenaan.

Beliau yang merupakan penyandang jawatan itu, berkata semua ahli mempunyai hak untuk memilih pemimpin Umno bahagian itu, selaras dengan proses demokrasi yang diamalkan parti itu.

Idris berkata demikian ketika diminta mengulas kedudukannya yang menang tanpa bertanding sebagai ketua Umno bahagian Besut. Pemilihan jawatan utama Umno akan diadakan Disember ini.

Bagaimanapun, Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jertih, berkata ahli Umno tidak boleh menyalahgunakan hak mereka dengan menggunakan wang dan kekerasan dalam mengemukakan calon pilihan masing-masing.

"Sejak dari mula, saya telah maklumkan, mereka (ahli Umno) boleh
pilih sesiapa sahaja yang dirasakan berhak menjadi pemimpin di peringkat bahagian.

"(Ini kerana) kita tidak tahu sama ada kita masih diperlukan sebagai pemimpin atau tidak," katanya ketika ditemui pemberita di Kuala Terengganu hari ini.

www.malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment