Ezam gesa pengundi tolak Anwar
Bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor berkata, adalah amat bahaya jika Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dan menjadi perdana menteri.
Ezam yang kembali ke pangkuan Umno baru-baru ini berkata, penasihat PKR itu, yang menjadi calon PKR dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, sedang memainkan sentimen perkauman untuk kepentingan peribadi.
"Anwar telah memusnahkan asas bangsa yang dibina oleh negarawan-negarawan, semata-mata untuk agendanya menjadi perdana menteri.
"Oleh kerana itu, saya mengajak pengundi di Permatang Pauh menolaknya," katanya ketika berkempen membantu calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah di Semilang Bandar di Seberang Jaya di Permatang Pauh hari ini.
Ezam yang juga bekas setiausaha politik Anwar berkata, sejak hari penamaan calon pada 16 Ogos lalu, beliau setiap hari berkempen membantu Arif Shah.
Katanya, adalah menjadi kewajibannya menerangkan kepada pengundi mengenai politik Anwar.
"Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi agenda peribadinya dan kerana itu orang tidak boleh percaya kepada kenyatan-kenyataannya.
"PKR ditubuhkan dengan Melayu menjadi asasnya tetapi apabila Anwar bebas, prinsip itu sudah hilang kerana Anwar mahu undi kaum Cina dan India," katanya.
Ezam berkata, Anwar juga pernah meminta beliau mengecam Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk menarik sokongan pemngundi kaum bukan Melayu.
Katanya, untuk itu beliau terpaksa `menyerang' Anwar bagai memastikan penasihat PKR itu tidak menang di kerusi Permatang Pauh.
www.malaysiakini.com
No comments:
Post a Comment