22 August 2008

Anwar memang bahaya tetapi hanya bahaya buat Umno tidak rakyat

Anwar main politik bahaya – Ezam

BUKIT MERTAJAM 21 Ogos – Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohamad Ezam Mohd. Nor menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ahli politik yang pandai bermain dengan sentimen bangsa demi menarik perhatian orang bukan Melayu.

Beliau berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengamalkan percaturan politik yang boleh membahayakan negara dan meminta masyarakat supaya tidak terpengaruh dengan sentimen tersebut.

``Saya telah 10 tahun berjuang bersama-sama beliau, jadi saya tahu bagaimana politik yang ingin dimainkannya.

``Semasa belum masuk penjara, Anwar telah menubuhkan PKR dengan asasnya adalah orang Melayu tetapi bila keluar penjara, beliau lebih menumpu kepada orang Cina dan India,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan ceramah di Bilik Gerakan UMNO Cawangan Sembilang Bandar di sini hari ini.- Utusan.

No comments:

Post a Comment