Sekolah kembali diserang histeria
KUANTAN - Suasana aman di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur di sini yang disangka telah bebas daripada gangguan histeria hanya bertahan selama tiga hari sahaja.
Sebaik sahaja sesi persekolahan minggu ini bermula semalam, sekurang-kurangnya tiga pelajar perempuan menjerit-jerit dan meracau dalam kejadian yang bermula pukul 10.13 pagi hingga 12.10 tengah hari.
Tinjauan Kosmo! dari luar pagar sekolah mendapati tiga pelajar perempuan termasuk seorang pelajar tingkatan dua menjadi mangsa terbaru kejadian misteri itu dengan menunjukkan kelakuan yang aneh.
Wartawan Kosmo! yang tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah menyaksikan sendiri salah seorang mangsa dipapah oleh guru dan dilepaskan berjalan terhoyong-hayang hingga ke belakang bangunan sekolah. Mangsa kemudiannya rebah dan bergolek-golek di atas lantai simen.
"Apa yang peliknya selepas dia (pelajar terbabit) 'terkena', dia menjerit macam kena rasuk. Semasa dia sedar sikit, dia beritahu yang dia sakit di bahu kanan.
"Apabila diperiksa, ada kesan lebam macam kena gigit. Selepas itu, dia jadi balik (berkelakuan pelik semula). Sebelum ini, tak pernah ada yang kena gigit macam ini," kata satu sumber ketika ditemui di tempat kejadian.
Pengarah Pelajaran Pahang, Abdul Aziz Abdul Latiff bagaimanapun gagal dihubungi bagi mengesahkan kejadian misteri yang berulang itu.
Dalam pada itu, pengamal perubatan tradisional, Shahabudin Shamsudin atau Pak Din yang telah 'memindahkan' makhluk halus dari sekolah berkenaan Jumaat lalu dengan menggunakan sebuah van mendakwa, kejadian terbaru itu berpunca daripada kumpulan makhluk halus yang lain.
"Saya sudah selesai memindahkan makhluk ini pada Jumaat lalu. Tapi, kejadian hari ini (semalam) angkara makhluk halus yang jahat.
www.kosmo.com.my
berita sebelum ini
Jika histeria masih berlaku lagi, mungkin keluarga jin itu tidak suka kediaman baru mereka atau pun kita orang Melayu masih tidak berubah
No comments:
Post a Comment