22 August 2008

Umno kehabisan modal | Lee Chong Wei jadi alat kempen Permatang Pauh

Guan Eng dakwa Chong Wei dimanipulasi oleh BN

KUALA LUMPUR: Pemenang pingat Perak Sukan Olimpik, Lee Chong Wei didakwa telah dimanipulasi oleh jentera Barisan Nasional menjelang pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos ini.

Demikian komen Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika mengulas mengenai majlis pemberian cek berniali RM300,000 oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Chong Wei di Permatang Pauh semalam.

Jelasnya, apa yang dikesalkan adalah pemain badminton tersebut telah diterbangkan menggunakan helikopter milik Kementerian Pertahahan dan mendarat di lapangan terbang yang dikhaskan untuk kementerian itu.

"Saya lihat ada motif politik apabila Chong Wei menggunakan helikopter milik kerajaan untuk ke Permatang Pauh," katanya di Lobi Parlimen hari ini.

Jelasnya, tiada motif untuk Chong Wei pulang untuk menerima cek berkenaan di Pulau Pinang sedangkan Najib boleh memberikannya dalam satu majlis di Kuala Lumpur.

"Ia jelas satu muslihat politik BN untuk meraih undi di Permatang Pauh," katanya.

Guan Eng turut menyelar tindakan Najib menggunakan kenderaan kerajaan dan Kementerian Pertahanan untuk berkempen di Permatang Pauh.

"Ini satu bentuk penyalahgunaan kuasa oleh beliau dan ia tidak sepatutnya berlaku," katanya.

Lim menjelaskan semua pegawai DAP tidak menggunakan kenderaan awam semasa berkempen di Permatang Pauh. Kami smeua gunakan kenderaan peribadi untuk ke sana," katanya.

Jelas beliau, Najib seharusnya tahu membezakan antara urusan kerajaan dan agenda politik.

www.mstar.com.my

No comments:

Post a Comment