19 July 2008

Tukar sahaja menyanyi nasyid, Inul

Inul sedih, kecewa

KUALA LUMPUR - "Saya sedih dan amat kecewa. Apa salah saya sehingga tidak diterima di Johor Bahru."

Begitulah luahan ratu dangdut goyang gerudi, Inul Daratista sambil menangis teresak-esak apabila mendapat khabar tentang pembatalan Konsert Inul Daratista Live In JB yang dijadual berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, Johor Bahru, malam ini.

Malah, Inul yang meletup menerusi lagu Kocok-Kocok dan Goyang Inul itu, hampir pengsan dan terpaksa dipapah oleh beberapa pembantunya ketika mahu meninggalkan majlis sidang akhbar di Hotel Concorde di sini ekoran terlalu kecewa dengan pembatalan konsert itu.

Penyanyi itu difahamkan hanya mengetahui mengenai pembatalan konsert tersebut pada sidang media tersebut yang dimaklumkan oleh penganjur konsert walaupun beliau telah tiba di ibu kota beberapa jam sebelum itu.

Sebaik sahaja Pengarah Urusan IMS Prima Sdn. Bhd., Nasir Abu Bakar menjelaskan pembatalan itu, Inul yang berada di hadapan pihak media dilihat tidak dapat mengawal emosinya.

Dia kemudian menitiskan air mata dan bercakap kepada media dalam suara yang tersekat-sekat.

"Hal ini bukan dibuat main-main. Saya datang ke Malaysia untuk menghiburkan masyarakat. Saya ke Malaysia bersama 16 pemuzik undangan yang dibawa khas dari Indonesia.

"Penganjur sepatutnya mengambil langkah awal dengan memberitahu kepada kami supaya tidak terkejut seperti ini," katanya yang sekali gus kelihatan tidak bermaya.

www.kosmo.com.my

http://grapesnasyid.blogspot.com/2007/11/inul-daratista-ya-rasulullah.html

No comments:

Post a Comment