22 July 2008

Pemisah berjaya bunuh dan cederakan beberapa tentera Thai

Keganasan di selatan Thai terus meningkat

NARATHIWAT, Thailand 22 Julai _ Keganasan terus meningkat apabila pejuang pemisah Islam di selatan Thailand membunuh tiga orang termasuk dua pegawai keselamatan hari ini, selepas satu kumpulan pejuang yang tidak dikenali baru-baru ini mengisytiharkan gencatan senjata.

Dalam kejadian berasingan, seorang askar terbunuh dan lima lagi cedera ketika mereka melakukan rondaan di Narathiwat.

Pejuang pemisah menyerang segerombolan 12 anggota tentera yang melakukan rondaan di daerah Cho-Ai-Rong di Narathiwat selepas meletupkan sebatang jalan di situ.

Semalam, enam anggota polis dan seorang penduduk awam di wilayah Yala cedera dalam satu serangan bom. Salah seorang daripada anggota tentera itu kemudian mati di hospital.

Di Narathiwat pula, seorang ketua kampung ditembak mati disyaki oleh anggota pejuang pemisah ketika sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah.

Hampir setiap hari berlaku serangan, tembakan dan bom di wilayah-wilayah di selatan Thailand, terutama selepas Kumpulan Bawah Tanah Selatan Thai Bersatu yang mendakwa mewakili 11 kumpulan pejuang pemisah pada minggu lalu mengumumkan untuk mengadakan gencatan senjata.

Bagaimanapun, pihak keselamatan tidak menghiraukan pengumuman itu.

Ketua kumpulan itu yang dikenal pasti sebagai Malipeng Khan yang aktif berjuang sejak 1980an, dikatakan gagal untuk menyatukan kumpulan-kumpulan pemberontak di wilayah itu. - Reuters

No comments:

Post a Comment