22 July 2008

2 Anggota tentera saman Ra Petra

Suami isteri saman Raja Petra

Sepasang suami isteri anggota tentera yang dinamakan dalam akuan berkanun blogger Raja Petra Kamaruddin, telah memfailkan saman fitnah terhadap pengendali lamanweb Malaysia Today itu hari ini.

Left-Kol Abdul Aziz Buyong dan isterinya Left-Kol Norhayati Hassan memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Dalam saman tersebut, mereka masing-masing menuntut gantirugi RM1 juta dan - RM1 juta untuk Abdul Aziz dan RM1 juta lagi untuk Norhayati.

Di samping itu, mereka juga menuntut gantirugi teladan dan perintah mahkamah menghalang Raja Petra daripada mengulangi dakwaan terhadap mereka.

Dalam akuan berkanunnya pada 18 Jun lalu, Raja Petra telah mengaitkan pasangan suami isteri itu, dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

alam akuannya itu, Raja Petra menyifatkan Aziz sebagai pakar bom 'C4' dan isterinya sebagai pengawal Rosmah.

Minggu lalu, Raja Petra ditahan dan didakwa atas tuduhan jenayah fitnah mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Beliau dibebaskan dengan ikatjamin RM2,000. Kesnya akan mula didengar pada 15 Ogos depan.

www.malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment