23 July 2008

Lagi rempuhan jentolak

BAITULMAQDIS - Seorang pemandu jentolak dari Palestin mati ditembak semalam setelah mencederakan sekurang-kurangnya 16 orang.

Dia bertindak sedemikian setelah mencederakan mangsa-mangsa dengan menggunakan jentera berat itu.

Ketua Polis Baitulmaqdis, Aharon Franco berkata, suspek 'dihapuskan' dalam tempoh singkat dan pihak berkuasa kemudian membuka semula jalan kepada pengguna lalu lintas.

Dalam kejadian serupa pada 2 Julai lalu, seorang penduduk Palestin di Baitulmaqdis membunuh tiga orang dan mencederakan 30 yang lain setelah dia merempuh bas dan beberapa buah kereta dengan menggunakan sebuah jentolak di sebatang jalan yang sibuk sebelum ditembak mati.

Franco berkata, suspek merempuh sebuah bas tetapi dia gagal menyebabkan kenderaan itu terbalik tetapi rempuhan tersebut menyebabkan tingkap kaca pecah.

"Jentolak itu merepuh lima kereta dan merosakkannya. Seorang awam cuba menghentikan lelaki itu tetapi drama tersebut tamat setelah pengawal sempadan menembaknya," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment