23 July 2008

Apa sudah jadi dengan laporan rasuah yang melibatkan Ahmad Said?

Antara Proton Perdana dan Idris Jusuh - Mana lebih punah?

Menteri Besar Terengganu tidaklah kata Proton Perdana itu tidak baik dan beliau juga tidak kata Mantan Menteri Besar Terengganu, Idris Jusuh tu kaki rasuah; cuma dia kata:
Kos menyenggara Proton Perdana V6 Executive yang dibayar oleh kerajaan Terengganu pernah mencecah RM175,229.97 dan RM132,357.76 sebuah untuk tempoh empat tahun.

Ini satu lagi tugas untuk BPR. Gani Patail jangan pula kata tidak cukup bukti sebab kerajaan negeri sedia mengemukakan bukti terperinci kos penyenggaraan dan kerosakan tersebut.

Walau apa pun alasan yang diberi , Ahmad Said ini bijak berpolitik – dia nak pekenakan Idris Jusuh ni!Bila beliau kata 'tempoh empat tahun' maknanya dia merujuk kepada era Idris Jusuh.

Sebelum ini dia sebut contoh kos membaiki Proton Perdana RM50 ribu sahaja .Tapi bila Najib dah buat komen tentang pembelian Merc dan orang bising pasal beliau boros bebelanja, `dan dah jadi isu besar,barulah didedahkannya kos yang pernah dibayar oleh kerajaan sewaktu Idris Jusuh yang menelan Ratusan ribu!

Kalau RM50 ribu pun orang marah, apakan lagi RM Ratusan Ribu!! Inilah liciknya Ahmad Said nak pekenakan Idris Jusuh!

Tetapi mesej sebenar yang beliau nak sampaikan ialah, Idris Jusuh tu dah punah langsung tak guna dibaiki lagi seperti mana Proton Perdana tu - mengabihkan duit aje!

www.tranungkite.net


semasa isu mengangkat sumpah
www.lagiberita.blogspot.com/2008/03/sokong-idris-atau-dedah-salah-laku-bpr.html

No comments:

Post a Comment