Polis tidak pernah lengahkan siasatan kes liwat Anwar
KUALA LUMPUR 29 Julai – Polis tidak pernah melengah-lengahkan siasatan berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak ia dilaporkan 28 Jun lalu dan sentiasa berusaha mencari maklumat terkini mengenainya, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini.
Katanya, polis memberi keutamaan terhadap kes berprofil tinggi itu.
“Kita ingin selesaikan kes ini dengan segera. Pegawai yang menyiasat kes ini tidak putus asa mencari petunjuk baru. Polis sedang lakukan yang terbaik dan kami amat perlukan kerjasama daripada semua pihak,” katanya ketika dihubungi di sini.
Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar semalam yang meminta pihak polis menyegerakan siasatan terhadap dakwaan kes liwat Anwar. – Bernama
No comments:
Post a Comment