29 July 2008

Hujah Anwar semakin kuat | Pusrawi mengesahkan ketulenan laporan

Meliwat: Anwar bertegas laporan portal bukti dakwaan bermotif politik

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, pendedahan laporan doktor Pusrawi, yang disebar meluas menerusi portal berita semalam, membuktikan dakwaan meliwat terbaru terhadapnya hanya bermotifkan politik dan tidak berasas sama sekali.

Anwar menyatakan demikian pada sidang media di sini sebentar tadi.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau sekali lagi dimomokkan bahawa siasatan polis dilakukan dengan profesional kerana sudah terbukti paling penting iaitu laporan doktor perubatan yang pertama ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23.

Anwar mendakwa, beliau enggan memberikan sampel DNA sebab tahu perkara ini akan berlaku.

Semalam, portal berita Malaysia Today mendakwa polis telah menahan seorang doktor bagi membantu siasatan kes liwat membabitkan Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malah, portal berkenaan juga mendedahkan salinan laporan pemeriksaan doktor di sebuah pusat rawatan swasta di Kuala Lumpur, menjelaskan tiada kesan meliwat terhadap bekas pembantu kepada Anwar, Mohd Saiful.

Malah, semalam Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar meminta polis turut memberi tumpuan terhadap dakwaan terbaru bahawa tiada unsur meliwat tehadap Mohd. Saiful.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai pula telah meminta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Ismail Merican melihat perkembangan tersebut dengan memastikan aspek profesionalisme amalan perubatan dipatuhi.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat masih yakin dengan kandungan laporan perubatan pertama dan pasti tiada siapa yang akan mempertikaikannya.

Anwar juga berkata, beliau tidak pernah menemui doktor berkenaan dan Pusrawi juga mengesahkan laporan yang disiarkan portal berita semalam sebagai tulen dan benar.

www.mstar.com.my

No comments:

Post a Comment