Ezam tidak gentar tentang Anwar
PETALING JAYA - Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Nor (gambar) bersedia untuk bertanding menentang Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya diadakan pilihan raya kecil di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak.
"Saya tidak gentar menghadapi bekas Timbalan Perdana Menteri itu sekiranya dipilih oleh pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) untuk bertanding," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Mohamed Ezam menyertai UMNO selepas menghantar borang keanggotaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 28 Mei lepas.
"Pertamanya saya ahli biasa dalam UMNO. Jadi soal pertandingan pilihan raya kecil itu apatah lagi menentang Anwar, baik dijelaskan oleh pucuk pimpinan parti.
"Tapi saya juga ingin menegaskan dan menjelaskan sekali lagi memang saya bersedia... saya tidak gentar langsung untuk berdepan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya diminta untuk mewakili parti dalam pilihan raya kecil itu nanti," katanya ketika mengulas kenyataan Anwar dua hari lepas yang membayangkan untuk bertanding di kerusi Parlimen itu.
Dalam ceramahnya di Taman Bukit Anggerik pada 26 Julai lepas, Anwar meminta pengundi di Parlimen Bandar Tun Razak memberi sokongan kepada pakatan pembangkang untuk memenangi kerusi pada pilihan raya kecil yang akan datang.
www.kosmo.com.my
No comments:
Post a Comment