29 July 2008

Arah semua peringkat hentikan serta merta sebut berbincang dengan Umno

Perak: Tajol syor Umno, PAS Perak gabung bentuk kerajaan negeri, MB tolak

Umno Perak hari ini menawarkan kerjasama dengan PAS untuk membentuk kerajaan negeri itu sebagai Menteri Besar sebagai langkah permulaan ke arah penyatuan kedua-dua parti berkenaan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berkata, tawaran itu adalah bagi menyahut saranan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Umno dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

"Umno Perak mahu memulakannya dengan langkah pertama ke arah penggabungan. Ini langkah awal elak perpecahan Melayu dan bagi mewujudkan kestabilan politik serta sebuah kerajaan negeri Perak yang lebih kukuh," katanya kepada pemberita di pejabat Umno Perak di sini.

Bagaimanapun Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS dengan tegas menolak cadangan yang dikemukakan oleh Tajol itu.

“Pada PAS, kami akan bersama Pakatan Rakyat buat selama-lamanya. Kami tidak akan berpasangan dengan mereka (Umno). Kami adalah Pakatan Rakyat, komposisi PAS, DAP dan PKR," kata beliau pada sidang di sini.

Tajol memberitahu, cadangan yang dibuat Nik Abdul Aziz itu adalah baik dan Perak sebagai sebuah negeri masyarakat majmuk adalah tempat terbaik untuk menguji dasar pemerintahan hasil gabungan antara PAS dan Umno berbanding Kelantan yang majoriti penduduknya berbangsa Melayu.

Tajol Rosli berkata, Umno dengan 27 anggota Dewan Undangan Negeri serta seorang dari MCA sedia bekerjasama dengan PAS yang mempunyai enam Adun bagi membentuk kerajaan negeri yang lebih kukuh berbanding Pakatan Rakyat.

Tajol Rosli berkata, kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh semalam yang mahu Pakatan Rakyat mengkaji semula keanggotaan PAS kerana berunding dengan Umno telah membuka laluan kepada PAS dan Umno untuk bekerjasama dengan lebih bermakna.

"Umno Perak sanggup menerima Menteri Besar dari PAS," katanya.

Tajol Rosli berkata, Menteri Besar sekarang dari PAS adalah seorang pemimpin yang baik tetapi beliau menerajui sebuah kerajaan yang rapuh.

Perak kini 18 Adun dari DAP, tujuh daripada Parti Keadilan Rakyat dan enam dari PAS. BERNAMA

No comments:

Post a Comment