21 July 2008

Datuk jual Datuk

Dua Datuk ditahan keluarkan AP haram dan gelaran Datuk

PUTRAJAYA 21 Julai - Bukan sahaja mengeluarkan permit import (AP) haram, malah dua lelaki bergelar Datuk yang ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) dua hari lalu turut didapati menjual darjah kebesaran kepada pihak yang berminat untuk memperoleh gelaran Datuk.

Timbalan Ketua Pengarah BPR, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, dua peniaga berketurunan Melayu dan Cina itu dikenal pasti menjual gelaran Datuk tersebut yang mereka peroleh daripada sebuah negeri.

``Selain terlibat dalam sindiket pengeluaran AP dan menjual gelaran Datuk, kedua-duanya juga

turut memalsukan tandatangan Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM),'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini hari ini.

- Utusan

No comments:

Post a Comment