20 saksi `kes mata lebam' Anwar telah beri keterangan
PUTRAJAYA 21 Julai - Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah mengambil keterangan daripada 20 saksi berhubung laporan polis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap dakwaan penyelewengan kuasa Peguam Negara dan Ketua Polis Negara dalam kes `mata lebam' beliau pada 1998.
Timbalan Ketua Pengarah BPR, Datuk Abu Kassim Mohamed bagaimanapun tidak menolak kemungkinan 20 saksi tersebut termasuk Anwar sendiri akan dipanggil semula untuk memberi keterangan sekiranya mereka masih diperlukan dalam siasatan.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini hari ini.
- Utusan
No comments:
Post a Comment