`Saya gembira bertemu Musa di mahkamah' - Anwar
PUTRAJAYA 21 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia berdepan dengan saman fitnah yang difailkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan terhadap beliau berhubung laporan polisnya yang mendakwa Musa dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah mereka keterangan dan menyembunyikan fakta mengenai serangan terhadapnya semasa menjadi tahanan polis pada 1998.
``Saya gembira bertemu beliau (Musa) di mahkamah,'' kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Beliau ditemui pemberita selepas memberi keterangan selama lebih tiga jam di Ibu Pejabat BPR di sini.
Saman oleh Musa itu difailkan melalui firma peguamnya, Kamarul Hisham Kamaruddin di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Sementara itu, Anwar yang ditanya tentang muzakarah yang telah dijalankan di antara UMNO dan Pas berkaitan keagamaan dan orang Melayu berkata, PKR tidak menghadapi masalah mengenai perkara itu.
Beliau mendakwa telah mengetahui lebih awal mengenai muzakarah tersebut.
- Utusan.
No comments:
Post a Comment