25 June 2008

Siapa yang berbohong, Raja Petra atau PM?

Altantuya: Abdullah komen dakwaan Raja Petra

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan ada menerima laporan bertulis daripada perisikan tentera mengenai mereka yang terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Memang saya concern (dengan dakwaan penulis Malaysia-Today Raja Petra Kamarudin). Perbuatan Raja Petra itu tidak boleh diterima. Sebab apa yang dia nyatakan itu adalah sesuatu yang tidak betul.

"Terutamanya dalam surat itu (akuan berkanun Raja Petra) disebut yang saya dah diberi satu laporan mengenainya dari pihak perisikan tentera.

Itu tak betul," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan jawatankuasa khas mempertingkat daya saing kelapa sawit di bangunan Parlimen hari ini.

Abdullah berkata demikian apabila ditanya mengenai akuan berkanun Raja Petra 18 Jun lepas yang menyebut Perdana Menteri ada menerima laporan bertulis daripada perisikan tentera mengenai apa yang didedahkan Raja Petra tentang kes pembunuhan itu.

www.klpos.com

No comments:

Post a Comment