"10 MP BN diarah keluar negara elak lompat" PKR
Ketika tercetus drama politik di Sabah berikutan pengumuman Parti Maju Sabah (SAPP) bahawa mereka akan meneruskan langkah mengusulkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Parti Keadilan Rakyat (PKR) memperhebat kempen mempamer kekuatan.
Ia mendakwa 10 ahli Parlimen (MP) Sarawak telah dibawa ke seberang laut dalam usaha menyekat mereka daripada meninggalkan Barisan Nasional (BN) untuk menyertai PKR.
Timbalan presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali mendakwa mereka telah dibawa ke Beijing.
Tidak semua 10 orang itu akan menyertai PKR, katanya kepada pemberita selepas merasmikan perayaan Kaamatan PKR di sini hari ini.
Sebaliknya menambah, hanya dua dari mereka yang sepatutnya mengumumkan keluar BN, semalam.
Naib presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan bila ditanya sama ada beberapa MP di Sabah juga mempertimbang untuk menyertai mereka, berkata: “Ya, sudah tentu, adalah beberapa orang dari Sabah”.
www.klpos.com
No comments:
Post a Comment