22 June 2008

Hanya hukuman cara Islam dapat gerunkan penjenayah

Suri rumah koma diragut temui ajal

MELAKA: Seorang suri rumah yang berada dalam koma tujuh hari selepas kepalanya terhentak di atas jalan sebaik seorang lelaki bermotosikal cuba meragut beg tangannya, Sabtu lalu, meninggal dunia, semalam.

Mangsa, Chua Sok Yong, 49, yang turut penghidap penyakit tekanan darah tinggi, buah pinggang serta diabetes meninggal dunia di rumahnya kira-kira jam 2.30 petang selepas keluar dari Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai dengan keizinan keluarga kira-kira jam 1 tengah hari.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri (IPPK), Superintendan R Gunarajan ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Melaka (HM), berkata pihak hospital mengesahkan kematian mangsa.

“Polis berjanji kepada keluarga mangsa untuk mengesan suspek dalam kejadian ragut itu secepat mungkin.

“Polis juga berkemungkinan mengkaji semula siasatan sesyen itu daripada Seksyen 394 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 304 kanun sama, iaitu menyebabkan kematian tanpa niat,” katanya yang turut menemui dan menenangkan suami mangsa, Tan Ah Suan, 54, mengenai berita sedih itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi Sabtu lalu, Chua dikatakan berjalan bersama tiga anak perempuannya berusia 15 hingga 25 tahun untuk ke Pawagam MBO di pusat beli-belah Melaka Mall bagi membeli tiket wayang sebelum beg tangannya direntap seorang lelaki menaiki motosikal.

www.hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment