20 June 2008

Apa lagi alasan BN untuk tidak memecat SAPP

MT SAPP sokong usul tidak percaya

Mesyuarat majlis tertinggi Parti Progresif Sabah (SAPP) hari ini memutuskan untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri seperti dikemukakan oleh presidennya Datuk Yong Teck Lee.

Bagaimanapun, mesyuarat tersebut tidak membuat sebarang keputusan sama ada akan keluar dari Barisan Nasional.

Sebaliknya, Yong meminta pemberita bertanya kepada setiausaha agung BN, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor mengenai kedudukan SAPP dalam BN.

Seramai 33 daripada 35 ahli majlis hadir, kecuali timbalan presiden yang juga ahli parlimen Sepanggar, Datuk Eric Enchin Majimbun, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Likas, Datuk Liew Teck Chan.

Kedua-duanya berada di luar negara.

Pertemuan itu bermula jam 10 pagi tadi, di ibu pejabatnya di Kota Kinabalu.

Hadir sama, timbalan presiden Datuk Raymond Tan, yang juga timbalan ketua menteri Sabah, yang kritikal terhadap Yong.

Mesyuarat itu diadakan bagi membincangkan hala tuju parti itu ekoran kenyataan Yong pada Rabu lalu bahawa SAPP telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah.

Sebelum ini, Tan mengecam keputusan Yong itu, dengan menyatakan beliau berasa "keliru dan malu" dengan tindakan partinya, satu daripada komponen BN yang dipengerusikan Abdullah.

Tan juga mendakwa majlis tertinggi tidak dirujuk terlebih awal berhubung perkara tersebut dan mendakwa usul tidak percaya tersebut tindakan politik Yong sahaja.

Kedua-dua pemimpin itu dilaporkan mengadakan pertemuan empat mata kira-kira sejam sebelum mesyuarat majlis tertinggi parti.

Tiga wakil rakyat parti antara yang dilaporkan hadir: ahli parlimen Tawau Datuk Dr Chua Soon Bui; Adun Luyang, Melanie Chia, dan Adun Elopura, Au Kam Wah.

www.malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment