Polis paksa dua tahanan seks oral
Empat didakwa didera oleh polis Kajang baru-baru ini, termasuk dipaksa mengadakan seks oral, disembur racun pembunuh nyamuk di bahagian muka dan menjilat kasut anggota polis.
Lima orang, termasuk keempat-empatnya, ditahan mulai 29 Mei lalu dan ditahan reman selama lapan di ibu pejabat polis daerah Kajang.
Tarikh tepat penderaan tidak dinyatakan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini tetapi mereka dipercayai didera dalam tempoh reman tersebut.
Kejadian itu kemudian diadukan kepada majistret Kajang sewaktu mereka dibawa untuk lanjutan tempoh tahanan reman, tetapi apabila dibawa ke balai polis kemudiannya, mereka didakwa dipukul lagi.
Kejadian ini dilaporkan oleh bapa seorang tahanan yang mendakwa mengalami deraan seksual tersebut. Beliau diwakili oleh peguam Kartigesan Shamugam.
Dua, termasuk seorang suspek bawah umur, dipaksa melakukan seks oral antara satu lain.
www.malaysiakini.com
No comments:
Post a Comment