Mahkamah Tinggi di sini semalam melepaskan dan membebaskan adik seorang menteri Kabinet persekutuan, Mohd. Jusnaidi Omar (gambar), terhadap dua pertuduhan berkaitan dadah.
Hakim Datuk Ian Chin, dalam penghakimannya berkata, pendakwaan tidak memanggil isteri kedua Mohd. Jusnaidi, Nurul Ashikin Omar untuk disoal balas.
Ini, katanya memberi kesempatan kepada tertuduh untuk merujuk Nurul Ashikin sebagai orang yang bertanggungjawab mengemaskan beg pakaiannya iaitu tempat dadah itu dijumpai.
“Dalam usaha untuk menyangkal atau menimbulkan kesangsian terhadap apa yang diperkatakan oleh tertuduh, pendakwaan mengemukakan kes mereka berkaitan Nurul semasa menyoal balas (Mohd. Jusnaidi) dalam percubaan sia-sia untuk menimbulkan kesangsian terhadapnya,” katanya.
Chin mengandaikan hampir keseluruhan soal balas oleh pendakwaan dibuat berdasarkan kepada apa yang diberitahu oleh Nurul Ashikin kepada polis.
Dalam perbicaraan yang bermula pada 26 Mei, Mohd. Jusnaidi menghadapi pertuduhan membebaskan 1.011kg kanabis mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori selain menghadapi pertuduhan kedua memiliki 23.98g syabu.
www.kosmo.com.my
No comments:
Post a Comment