21 June 2008

Berita lucu

Cawangan UMNO di Muar mahu kerajaan dapatkan semula Pulau Batu Puteh

Beberapa orang pemimpin UMNO di daerah ini mahu kerajaan negeri mengumpul dokumen serta bukti berkaitan Pulau Batu Puteh bagi menyokong usaha mendapatkan semula hak kedaulatan Johor ke atas Pulau Batu Putih dari Singapura sebagaimana dikehendaki oleh Sultan Johor, Sultan Iskandar.

Ketua UMNO Cawangan Bandar A dalam Bahagian Muar, Datuk Kadar Shah Tun Sulaiman berkata, kehendak Sultan Johor seperti dalam titah baginda semasa merasmikan pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri semalam patut diberi perhatian utama.

"Sultan Johor telah mnenyatakan bahawa pulau itu benar-benar di bawah kedaulatan negeri Johor, bukan milik Singapura.

"Sebagai salah seorang rakyat Sultan, saya menyeru anak-anak Johor membantu Sultan Iskandar dalam mendapatkan balik pulau itu daripada Singapura," katanya.

Kadar Shah berkata, walaupun Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah memutuskan bahawa pulau itu milik Singapura, namun, kerajaan Malaysia masih boleh mengemukakan rayuan dengan menyertakan dokumen baru yang sah. BERNAMA

No comments:

Post a Comment