Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam meminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menarik balik keputusan beliau untuk keluar parti demi kepentingan UMNO.
Menurutnya, sumbangan Dr. Mahathir masih diperlukan untuk memperkukuhkan perjuangan parti pada masa depan.
``Saya terperanjat dengan tindakan beliau (Tun Mahathir) itu, sesungguhnya parti masih memerlukan sumbangan Tun untuk terus memperkukuhkan kedudukan UMNO sebagai parti yang memerintah negara.
``Saya berharap Tun Mahathir menarik balik kenyataan beliau itu,'' katanya. – Utusan.
No comments:
Post a Comment