20 May 2008

Abdullah tak sangka Dr. Mahathir keluar UMNO

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melahirkan rasa terkejut dan tidak menyangka bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertindak keluar daripada UMNO hari ini.

Perdana Menteri bagaimanapun menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan ekoran tindakan terbaru Dr. Mahathir tersebut.

Sambil mengakui tindakan Dr. Mahathir itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan parti, beliau meminta kesemua ahli UMNO supaya bertenang dan menunjukkan kesetiaan kepada parti. – Utusan.

No comments:

Post a Comment