10 May 2008

Saya bercakap berlandaskan undang-undang - Karpal

Pengerusi DAP, Karpal Singh akan memberi keterangan kepada polis berhubung isu tindakannya mempersoalkan bidang kuasa Sultan Perak di Ibu Pejabat DAP di Green Hall, Pulau Pinang pada pukul 11.30 pagi esok.

Tindakannya itu susulan satu laporan polis berkaitan isu itu oleh Setiausaha Pemuda UMNO Pulau Pinang, Ramlan Ishak di Balai Polis Jelutong hari ini.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, beliau bersedia memberi kerjasama kepada pihak polis untuk membantu siasatan mereka berhubung laporan polis berkenaan.

Beliau memberitahu, antara keterangan yang mahu dikemukakannya kepada pihak polis esok ialah mengenai cubaan pihak tertentu mempolitikkan isu tersebut sejak beberapa hari lalu.

"Saya bercakap berlandaskan undang-undang mengikut Artikel 135 Perlembagaan Persekutuan dan apabila mengutarakan sesuatu isu, saya telah menelitinya terlebih dahulu.

"Mereka tidak faham undang-undang tetapi mempertikaikan perkara ini, seolah-olah cuba mempolitikkan. Inilah antara keterangan yang akan saya beri kepada polis esok," jelasnya pada sidang akhbar di pejabatnya di Jalan Pudu di sini hari ini.

Lagi berita...

No comments:

Post a Comment