10 May 2008

Kehidupan Azreen dan keluarganya, dalam keadaan yang sangat baik

Che Siti Nor Azreen Che Ishak, 12, yang kembali ke tanah air bulan lalu selepas dipercayai dilarikan oleh seorang lelaki warga Indonesia ke Pulau Lombok di negara itu, Disember lepas, kini bersekolah di negeri ini.

Usaha menyekolahkan kanak-kanak itu dan memberi kehidupan baru kepada dirinya dilakukan melalui inisiatif sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kijang Care.

Difahamkan, ibu bapa kanak-kanak terbabit dijangka turut menyusul tidak lama lagi untuk menetap di sini.

Pengerusi Kijang Care, Datuk Husam Musa berkata, Nor Azreen pada masa ini tinggal bersama keluarga angkat untuk sementara waktu.

Menurut beliau, pihaknya kini berusaha membantu mendapatkan pekerjaan yang sesuai bagi bapa kanak-kanak itu, Che Ishak Che Kob di negeri ini bagi membolehkannya menetap dengan selesa di sini bersama keluarga.

''Nor Azreen telah disekolahkan di sini dan dia ada keluarga yang menjaganya, sekolah mana, siapa yang jaganya, bila tiba waktu yang sesuai, keadaan reda, kita akan maklumkan,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Lagi berita...

No comments:

Post a Comment