10 May 2008

Abdullah memberi tekanan kepada peguam negara agar mendakwa Karpal

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berharap Peguam Negara dapat membuat keputusan dan bertindak segera berhubung kes Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempertikaikan bidang kuasa Sultan Perak dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury.

Perdana Menteri berkata, sekiranya Peguam Negara berpandangan kes itu boleh dibawa ke mahkamah maka ia perlu dibuat secepat mungkin.

“Harapan saya ialah beliau bertindak dengan cepat. Isu ini tentu banyak orang minat dan mereka juga mahu mengetahui apakah hukumnya berkaitan dengan perkara ini,’’ kata Abdullah pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di sini hari ini.

Beliau mengulas langkah beberapa pihak termasuk para pemimpin UMNO yang bertindak membuat laporan polis terhadap Karpal, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, ekoran kenyataannya yang didakwa mempersoalkan kuasa Sultan Perak.

Ketika ditanya sama ada Karpal boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Perdana Menteri berkata: “Kalau kita mahu gunakan ISA, sudah lama kita menggunakannya.”

Sementara itu, polis telah membuka kertas siasatan terhadap Karpal di bawah Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kata-kata berupa hasutan.

Lagi berita...

No comments:

Post a Comment